


Kami percaya ada dua tindakan bertentangan hendak dilakukan ke atas mumia ini, satu pihak cuba menghapuskannya dan satu lagi cuba menyelamatkannya," kata Dr Bob Brier, seorang ahli kaji purba yang menjalankan pemeriksaan dan kajian ke atas mumia itu tahun ini. Ketika ditemui di lembah Deir El Bahri, 460 kilometer ke selatan Kaherah, mumia berkenaan berada dalam keadaan yang menyayat hati dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat ketat, terlalu ketat sehingga bekas ikatan jelas kelihatan. Wajah mumia itu berkerut dan mulutnya terbuka seolah-olah menjerit kerana kesakitan yang amat sangat. Beberapa ahli kaji purba sebelum ini mengemukakan satu teori mengenai punca kematian mumia itu dengan berkata putera berkenaan mungkin ditanam hidup-hidup atau diracun, atau mungkin seorang Putera yang dikenali dengan nKami percaya ada dua tindakan bertentangan hendak dilakukan ke atas mumia ini, satu pihak cuba menghapuskannya dan satu lagi cuba menyelamatkannya," kata Dr Bob Brier, seorang ahli kaji purba yang menjalankan pemeriksaan dan kajian ke atas mumia itu tahun ini. Ketika ditemui di lembah Deir El Bahri, 460 kilometer ke selatan Kaherah, mumia berkenaan berada dalam keadaan yang menyayat hati dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat ketat, terlalu ketat sehingga bekas ikatan jelas kelihatan. Wajah mumia itu berkerut dan mulutnya terbuka seolah-olah menjerit kerana kesakitan yang amat sangat. Beberapa ahli kaji purba sebelum ini mengemukakan satu teori mengenai punca kematian mumia itu dengan berkata putera berkenaan mungkin ditanam hidup-hidup atau diracun, atau mungkin seorang Putera yang dikenali dengan nama Hitite dan hidup pada zaman Firaun Tutankhamen. 'Mumia Menjerit' itu bagaimanapun bukan Putera Hitite berikutan beliau berkemungkinan besar tidak dimumiakan. ama Hitite dan hidup pada zaman Firaun Tutankhamen. 'Mumia Menjerit' itu bagaimanapun bukan Putera Hitite berikutan beliau berkemungkinan besar tidak dimumiakan.
No comments:
Post a Comment