Monday, June 15, 2009
Berkahwin kurangkan risiko nyanyuk
LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk. Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas percKajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.
Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.
Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.
Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain. Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.
Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer.
Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.
Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina.
Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk. Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda. Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.
Dr Hakansson berkata: “Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk.”
Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua.
“Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini,”
katanya. Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup.
“Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok,” katanya.
INFO: Alzheimer
Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.
Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat
Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun
Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.
Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan
Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat
Menjadi punca keenam kematian utama. eraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari.
Kubu rahsia Hamas
Selain Koridor Philadelphi yang dikesan Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir JIKA terowong menjadi nadi kehidupan kebanyakan warga Semenanjung Gaza, bagi Hamas, terowong adalah paksi kekuatan ketenteraannya.
Ini diakui KoTerowong ini adalah kunci memastikan kuasa politik dan ketenteraan Hamas yang bukan saja menjadikan mereka sasaran serangan Israel malah menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata. Selain sebuah terowong yang dikenali sebagai Koridor Philadelphi yang sudah diketahui Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir.
Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti Bar-Ilan Israel, Prof Efraim Inbar, percaya kerajaan Israel bertanggungjawab pada kewujudan pelbagai terowong ini. mander Israel bahawa pergerakan Islam masih memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang terlatih yang mana mereka bergerak melalui terowong jauh di bawah sempadan Mesir.
“Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya. Malah tidak menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan menghentikannya.
Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah mereka perlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akan dibina pada masa depan,” katanya, Terowong yang berselirat di bawah tanah Semenanjung Gaza memiliki sejarah yang panjang. Ia dibina bertahun dulu dengan pelbagai kedalaman dan keluasan.
Terowong menjadi laluan pelbagai benda, daripada anak kambing kepada roket. Malah, ada yang hanya dikhaskan untuk golongan kenamaan dengan laluan yang lebih pendek. Sebelum ini, Israel pernah menimbangkan untuk menangani kewujudan terowong ini dengan menggali parit yang dipenuhi dengan air laut. Justeru, setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas. Bagaimanapun, pelan itu tidak menjadi kerana ia boleh mendedahkan Gaza pada keadaan bawah tanah yang rapuh.
Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan jurutera tentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesir bersebelahan Koridor Philadelphi.
Ada lebih 750 terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.
Terowong yang biasa untuk penyeludupan barangan pengguna panjangnya antara 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.
Pembinaan mengambil masa paling kurang enam.
Upah menggali RM480 sehari.
Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan dan senjata bagi pergerakan Hamas dengan bayaran RM8,880 untuk setiap terowong.
Kami percaya ada dua tindakan bertentangan hendak dilakukan ke atas mumia ini, satu pihak cuba menghapuskannya dan satu lagi cuba menyelamatkannya," kata Dr Bob Brier, seorang ahli kaji purba yang menjalankan pemeriksaan dan kajian ke atas mumia itu tahun ini. Ketika ditemui di lembah Deir El Bahri, 460 kilometer ke selatan Kaherah, mumia berkenaan berada dalam keadaan yang menyayat hati dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat ketat, terlalu ketat sehingga bekas ikatan jelas kelihatan. Wajah mumia itu berkerut dan mulutnya terbuka seolah-olah menjerit kerana kesakitan yang amat sangat. Beberapa ahli kaji purba sebelum ini mengemukakan satu teori mengenai punca kematian mumia itu dengan berkata putera berkenaan mungkin ditanam hidup-hidup atau diracun, atau mungkin seorang Putera yang dikenali dengan nKami percaya ada dua tindakan bertentangan hendak dilakukan ke atas mumia ini, satu pihak cuba menghapuskannya dan satu lagi cuba menyelamatkannya," kata Dr Bob Brier, seorang ahli kaji purba yang menjalankan pemeriksaan dan kajian ke atas mumia itu tahun ini. Ketika ditemui di lembah Deir El Bahri, 460 kilometer ke selatan Kaherah, mumia berkenaan berada dalam keadaan yang menyayat hati dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat ketat, terlalu ketat sehingga bekas ikatan jelas kelihatan. Wajah mumia itu berkerut dan mulutnya terbuka seolah-olah menjerit kerana kesakitan yang amat sangat. Beberapa ahli kaji purba sebelum ini mengemukakan satu teori mengenai punca kematian mumia itu dengan berkata putera berkenaan mungkin ditanam hidup-hidup atau diracun, atau mungkin seorang Putera yang dikenali dengan nama Hitite dan hidup pada zaman Firaun Tutankhamen. 'Mumia Menjerit' itu bagaimanapun bukan Putera Hitite berikutan beliau berkemungkinan besar tidak dimumiakan. ama Hitite dan hidup pada zaman Firaun Tutankhamen. 'Mumia Menjerit' itu bagaimanapun bukan Putera Hitite berikutan beliau berkemungkinan besar tidak dimumiakan.
Ikan 'pontianak' ancam Tasik Besar
Haiwan bermulut bulat dan gigi tajam hisap darah hidupan asal di perairan Amerika
NAMA Tasik Besar Amerika Utara sememangnya tidak asing bagi kita. Namun, secara diam-diam Tasik Besar yang luas ini berdepan kemusnahan teruk akibat kehadiran spesies makhluk perosak yang kecil, dikenali sebagai ikan lamprey atau ikan 'pontianak.'
Ikan menyamai belut, mempunyai mulut bulat dan bergigi tajam ini pula bukannya penghuni asal, sebaliknya berhijrah secara tidak sengaja dari Lautan Atlantik pada abad ke-19
Caranya memusnahkan spesies lain juga menyeramkan - giginya yang tajam digunakan bagi ‘melekatkan’ dirinya pada ikan lain sebelum mengorek isi dan menghisap darah serta cecair pada mangsanya itu. Ini menyebabkan ikan itu dalam tempoh beberapa minit akibat kehilangan darah selain jangkitan kuman. Ancaman dibawa ikan lamprey ini pula bukan kecil sebaliknya menyebabkan kemusnahan yang besar kepada habitat asal di kawasan berkenaan.
Setiap tahun agensi yang bertanggungjawab mengawal pembiakan ikan Lamprey terpaksa membelanjakan lebih AS$20 juta (RM70juta) untuk melaksanakan pelbagai kaedah mengurangkan pembiakannya termasuk menggunakan arus elektrik, pelepasan ikan lamprey jantan mandul dan semburan racun khas. Pada era 1930 hingga 1940-an kehadiran ikan lamprey secara tidak terkawal mengakibatkan industri perikanan air tawar di Tasik Besar terjejas teruk berikutan kemusnahan ikan asal termasuk ikan tamban air tawar, trout dan ikan putih. Kepupusan ikan asal Tasik Besar menyebabkan satu lagi spesies ikan tamban dikenali alewife membiak terlalu banyak dan memburukkan lagi kemusnahan ekologi di tasik berkenaan. Ikan ini juga dipercayai menjadi punca utama jumlah beberapa ikan lain terjejas berikutan kandungan bahan kimia thiamine di dalam isinya menyebabkan ikan lain yang memakannya menjadi mandul. Berikutan itu, ahli sains dan penyelidik tidak jemu menjalankan kajian bagi mencari kaedah terbaik mengawal dan seterusnya menghapuskan ikan lamprey.
Terbaru, penyelidik Amerika berjaya menghasil dan melepaskan sejenis hormon seks tiruan ikan lamprey jantan bagi menarik ikan betina berenang ke hulu sungai dan diperangkap. Kejayaan itu dilaporkan dalam sidang Akademi Sains Kebangsaan baru-baru ini. Langkah menggunakan hormon tiruan ini dipercayai kali pertama dilaksanakan dalam usaha mengawal haiwan perosak selain serangga. "Kajian mengenai penggunaan hormon haiwan sedang dilakukan dengan meluas, malah kajian terhadap manusia turut dibuat," kata ketua penyelidik dari Universiti Michigan State di East Lansing, Amerika, Profesor Weiming Li. Bagaimanapun kata beliau kebanyakan penyelidik menganggap, oleh kerana ciri ikan ini yang kompleks, tabiat mereka juga sukar ditentukan hanya dengan kajian ke atas satu hormon. Kumpulan penyelidik Profesor Li baru-baru ini melepaskan hormon tiruan lamprey jantan di sebuah anak sungai yang menjadi tempat lamprey membiak. Lamprey betina yang terbau hormon itu mula berenang ke hulu sungai sehingga bertemu sumbernya dan sebilangannya berjaya diperangkap untuk dimusnahkan. Pusingan hidup semula jadi ikan lamprey bermula daripada penetasan di sungai dan kehidupan dewasa di laut apabila ia mula menjadi ikan parasit dan bergantung hidup dengan darah dan cecair ikan lain yang dihisapnya sehingga menyebabkan ikan itu mati. Ikan lamprey betina dan jantan yang kekenyangan akan mencari hulu sungai yang sesuai untuk bertelur dan mati. Berbeza dengan salmon yang mencari anak sungai asal pembiakannya, lamprey boleh membiak di mana-mana sungai. “Hormon tiruan ini mungkin boleh digunakan untuk menarik lamprey ke kawasan sungai yang tidak sesuai untuk pembiakan.” Di habitat asal lamprey di Lautan Atlantik, bilangan haiwan ini dikawal pemangsa semula jadi tetapi di Great Lakes ia tidak mempunyai pemangsa. Lamprey laut pertama kali muncul pada tahun 1800, selepas pembinaan Terusan Erie yang mengubungkan tasik itu dengan New York selesai. Lamprey mula membiak dengan tidak terkawal apabila satu lagi terusan yang dibina menyediakan ‘pintu masuk’ kepadanya ke bahagian hujung tasik dan ini menjadi permulaan kemusnahan besar-besaran ikan asal di Great Lakes. "Apa yang terjadi adalah perkara paling buruk pernah berlaku dalam sejarah penempatan orang Eropah di wilayah ini," kata Dr Marc Gaden dari Suruhanjaya Perikanan Great Laakes (GLFC) badan yang bertanggungjawab menangani maslaah lamprey. Beliau berkata sebelum 1930-an penduduk bergantung kepada ikan asal seperti trout sebagai punca pendapatan, tetapi menjelang 1940-an lamprey menghuni beribu-ribu anak sungai dan menjejaskan dengan teruk industri menangkap ikan di Great Lakes. Kebanyakan ikan boleh hidup sama ada di air tawar atau air masin saja, atau seperti ikan salmon berhijrah dari lautan ke sungai, tetapi lamprey mampu membiak ketika ia bergerak dari Atlantik ke kawasan air tawar Tasik Besar. Setiap seekor ikan lamprey boleh memusnahkan sehingga 20 kilogram ikan trout sepanjang tempoh ia menjadi 'parasit' "Kami amat teruja dengan penghasilan hormon tiruan ini kerana bagi kami ia satu lagi kaedah menangani masalah ikan lamprey. Ia mungkin boleh digunakan untuk memanipulasi tabiat mereka dan memusnahkannya," katanya. Profesor Li dan pasukannya kini merancang eksperimen lebih besar iaitu menggunakan hormon untuk memerangkap lamprey betina di 20 anak sungai. Ujian ini dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. INFO: Lamprey laut
Lamprey laut atau nama sainsnya Petromyzon marinus
Asal dari Lautan Atlantik, boleh ditemui di timur Amerika dan Kanada
Hanya wujud di kawasan Tasik Besar
Kali pertama dikesan pada 1936 di Tasik Michigan
Mempunyai bentuk seakan belut, keluarga ikan tanpa rahang yang sudah wujud sejak zaman dinosaur, panjang antara 20 hingga 40 sentimeter, bahagian belakang berwarna coklat gelap, bermulut bulat dengan gigi tajam, mata besar berwarna merah
Menjadi ikan parasit apabila dewasa
Ikan lamprey air tawar ditemui di perairan Washington, sesetengahnya menjadi ikan parasit dan ada yang tidak
Ikan lamprey air tawar parasit: silver lamprey, chesnut lamprey
Ikan lamprey air tawar bukan parasit: Spesies northen brook lamprey, American brook lamprey.
Misteri UFO di Britain
Terbaru, kerajaan Britain minggu lalu mengumumkan dokumen rasmi 1,000 muka surat yang mencatatkan kejadian UFO bagi tempoh 1987 hingga 1993. Dokumen yang sebelum ini disenaraikan sebagai sulit, diumumkan kepada orang awam di Arkib Negara Britain, di Kew, bagi menolak dakwaan kononnya kerajaan mahu merahsiakan penemuan aktiviti UFO yang mencurigakan di negara itu.
Objek terbang yang tidak dikenali berlaku hampir di seluruh dunia.
Saksi yang melihatnya mengenal pasti objek itu berupa piring terbang dan kapal angkasa dengan pelbagai reka bentuk, malah ada yang mendakwa terserempak dengan makhluk asing.
Ada pihak berpendapat sebahagian besar kejadian UFO adalah satu imaginasi seperti diakui pakar Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) yang menghentikan penyelidikan pada 1993 kerana menganggap 90 peratus kejadian UFO tidak benar.
'Gajah batu' Simpang Gelami
Secara geografi dan logiknya, bentuk batu itu mungkin terjadi hasil hakisan air secara berterusan sejak ratusan tahun dulu dan secara kebetulan ia nampak seakan-akan gajah. Kedudukannya betul-betul di peringkat kedua jeram, di tempat air terjun mengalir. Batu istimewa itu boleh ditemui di Jeram Gajah, di Simpang Gelami, kira-kira lima kilometer dari pekan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Mungkin bagi penduduk tempatan, ia perkara biasa, tetapi bagi orang luar, kejadian ciptaan Tuhan itu cukup istimewa.
Menariknya, kepada gajah dewasa itu tanpa gading, mungkin terbenam dalam batu atau belum terbentuk, tetapi penduduk tempatan percaya ia ada kaitan dengan satu lagi jeram tidak jauh dari situ yang dinamakan Jeram Gading.
Namun, di Jeram Gading, pengunjung tidak akan menemui batu berbentuk seakan-akan gading dan tidak pasti bagaimana ia mendapat nama. Mungkin ia sudah terhapus atau kedudukannya gagal dikesan secara mata kasar. Apa yang pasti, ramai yang percaya, Jeram Gajah dan Jeram Gading adalah satu mitos dan kepercayaan lampau yang saling berkait kerana gajah dewasa diakui akan mempunyai gading.
Usaha Berita Minggu mendapatkan cerita lisan daripada penduduk kampung gagal kerana kebanyakan generasi yang ada sekarang tidak tahu bagaimana jeram itu mendapat nama dan beberapa individu yang dikatakan tahu mengenainya daripada nenek moyang mereka sudah meninggal dunia.
Tinjauan di Jeram Gajah mendapati, kedudukan batu kepala gajah itu boleh dilihat daripada dua sisi. Jika dilihat daripada sisi kiri, kelihatan seolah-olah kepada gajah sedang terbaring dengan matanya terbuka.
Air terjun di jeram kecil itu mengalir melalui belalai dan mulutnya, tetapi jika dilihat daripada sisi kanan, batu itu kelihatan seperti kepada seekor gajah yang berdiri, seolah-olah marah dengan telinganya agak kembang dan belalainya hampir menegak. Walaupun dilihat daripada dua sisi kiri dan kanan, kedudukannya mata tidak berubah dan tetap sepadan.
Mata gajah sebesar pinggan makan orang dewasa itu dikatakan sentiasa dipenuhi air dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau. Anehnya, penduduk di situ hairan bagaimana air boleh masuk ke dalam lubang mata itu kerana kedudukannya lebih tinggi daripada laluan air terjun dan berada di laluan agak curam.
Logiknya, mungkin juga ia adalah air hujan. Jika pengunjung berminat untuk melihat lebih dekat lubang mata gajah itu, mereka perlu berjalan berhati-hati melalui tebing batu yang agak curam dan di tepinya adalah curang tinggi dianggarkan lebih lima meter. Ketika Berita minggu menjejakkan kaki ke tempat lubang mata gajah itu, kelihatan lubangnya dipenuhi daun pokok dan warnanya agak keruh berbanding atau di tempat lain. Walaupun kawasan jeram itu diakui mempunyai tarikan tersendiri, sayangnya ia terabai, dibiarkan tanpa sebarang usaha membersihkan kawasan atau menaik taraf sebagai kawasan tarikan pelancongan.
Ini kerana sepanjang perjalanan ke sana, kami terpaksa meredah laluan hutan yang agak semak, dipenuhi pokok tumbang dan pokok kecil yang menghalang laluan di trek pejalan kaki. Jaraknya daripada rumah penduduk yang paling hampir tidak sampai 800 meter, dan berjalan kaki ke sana cuma memakan masa kurang 10 minit. Kelihatan bekas longkang simen yang bersambung ke kincir air, bersebelahan batu berbentuk kepada gajah, dipercayai pernah digunakan penduduk untuk menyalurkan air ke sawah padi di beberapa kampung berdekatan. Kincir air itu sudah tidak berfungsi menyebabkan saliran airnya dialihkan ke arah kedudukan belalai gajah berkenaan. Beberapa batang paip juga terbiar begitu saja, berlumut dan ada antaranya yang hampir terbenam ke dalam tanah dan timbunan daun pokok.
Apa yang masih berfungsi cuma saluran paip getah yang dikatakan digunakan untuk menyalur air ke kolam ikan kendalian pihak seperti Jabatan pertanian yang terletak di bekas sawah padi. Kelihatan juga tali kabel yang melintasi sungai kecil itu menyambung antara dua tebing. Difahamkan, ia digunakan penoreh getah di sini untuk mengangkut hasil getah sekerap untuk dibawa keluar ke jalan kecil sebelum dijual. Sementara itu, penduduk sekitar Jeram Simpang Gelami sebenarnya sudah menghantar kertas cadangan kepada pihak berkuasa meminta Jeram Gajah dibangunkan kawasan tarikan pelancongan baru.
Malangnya, sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil. Perkara itu pernah disuarakan lima tahun lalu, bahkan pergerakan Pemuda Umno kawasan itu sendiri pernah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sebagai permulaan menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat rekreasi. Penduduk yang juga bekas Guru Besar, Syed Leod Syed Yusuf, 67, mengakui kawasan itu pernah menjadi tapak perkhemahan pelajar sekolah tetapi beliau kecewa kerana langsung tiada usaha membangunkan dilakukan di situ. “Kita pernah buat cadangan dan gotong royong oleh Pemuda Umno. Tetapi, sampai sekarang anda boleh lihat bagaimana keadaannya.
“Saya sendiri ketika masih berkhidmat sebagai guru pernah membawa kumpulan pengakap sekolah menjalankan aktiviti di situ, walaupun tidak bermalam, sekurang-kurangnya ia boleh dikunjungi,” katanya.
Apa yang disuarakannya itu memang benar kerana jika dilihat kepada keadaan semak samun dan kawasan hutan yang tidak terurus, ia pasti menakutkan orang ramai untuk ke sini kerana agak berbahaya jika terdapat binatang berbisa. Jika laluan motosikal dan pejalan kaki ke Jeram Gajah diperbaiki dan dibesarkan, sudah pasti pengunjung boleh membawa kenderaan terus ke kawasan jeram tanpa perlu berjalan kaki melalui kawasan semak dan kebun getah. Syed Leod yang juga Ketua Umno Cawangan menegaskan, jika kawasan itu dimajukan sudah tentu penduduk setempat akan mendapat faedahnya. “Jika kawasan itu terang, sudah tentu ramai pengunjung akan datang. Letakkan papan, besarkan laluan dan sediakan kemudahan sepatutnya. Kami cadangkan, sediakan kemudahan gerai untuk berniaga makanan dan minuman, sudah tentu penduduk di sini akan untung,” katanya.