Tuesday, July 14, 2009

Gambier Street holds pre-World War II relics

UNDERGROUND CHAMBER?: A photograph taken by Ng of the arch which looks like a doorway into an underground chamber.


Padungan assemblyman Dominique Ng yesterday claimed to have discovered a pre-World War II underground chamber and a possible system of tunnels under Gambier Street.

This followed his investigation on information he received on Sunday night that beneath the podium supporting the demolished garment store, which was once the Government Information Service building, there were potential archeological relics.

Therefore, he appealed to the state government to halt the demolition work at the site as there could be historical and archeological structures that could be preserved.

“I appeal to the state government to immediately stop demolishing the site at the Gambier Street Market.

“This is to prevent the destruction of the historical structures,” he told reporters after he investigated the place the night before.

He said he found two small openings at two diametrically opposing corners of the podium.
He also said the openings led to what appeared to be underground cellars or chambers neatly lined by bricks and possible brick archways.

Ng also claimed that there could be other assets hidden there which warranted investigation.
He added that the place was very safe and the structure of the building still solid and hence the demolition of the place should be reviewed.

“The structure of the old Information building which was situated there is very strong and the main pillar is still very straight and safe.

“I’m very sad to see that the place which could be of historical value and could be a potential tourist destination and attraction destroyed just like that.

“I believe the place is of historical and archeological importance, so I lodged a report at the police headquarters this (yesterday) morning around 7.29am,” he said.

He hoped the police could protect the site and the Museum Department could carry out the preservation work and protect the place from vanishing from the eyes of the public.

An official of the Museum Department, when contacted yesterday, said they would investigate Ng’s claims.

Monday, July 13, 2009

La Toya percaya Michael Jackson kena bunuh

Kakak Michael Jackson, La Toya percaya adiknya dibunuh dan ia adalah sebahagian daripada pakatan untuk mencuri harta kekayaan raja pop itu. La Toya dilaporkan oleh akhbar tabloid Britain sebagai berkata, aset Michael bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.6 bilion), menjadikannya sasaran mereka yang tamak.
Beliau berkata wang tunai dan barang kemas bernilai kira-kira AS$2 juta (RM7.2 juta) dicuri dari rumah penyanyi itu selepas kematiannya.
"Sejak dari awal lagi, saya sudah berasa bahawa Michael dibunuh, bukan oleh hanya seorang tetapi satu konspirasi," katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.
La Toya, 53, berkata Michael hidup di kalangan orang yang mendapat faedah daripada kerjaya beliau dan mereka sengaja mendesaknya mengambil pelbagai jenis ubat bagi memudahkan mereka 'mengatur' emosinya dan menjadikan penyanyi itu mudah 'diurus' termasuk kedudukan kewangannya.
Akhbar News of the World turut melaporkan bahawa La Toya berkata beliau mengetahui siapa yang patut disalahkan berikutan kematian adiknya dan berazam mengheret mereka ke muka pengadilan. La Toya juga mendakwa, Michael tidak mahu membuat 50 persembahan di London tetapi didesak berbuat demikian.

Bapa Michael, Joe sebelum ini juga berkata, beliau mengesyaki anaknya menjadi mangsa perbuatan khianat sehingga menyebabkan kematiannya.
– Agensi

Friday, July 3, 2009

Wanita terkejut sejadah 'berdiri' di Masjid Kristal

KUALA TERENGGANU 3 Julai - Seorang wanita yang singgah di Taman Tamadun Islam di sini sebelum menunaikan solat di Masjid Kristal dikejutkan dengan pengalaman aneh apabila mendapati dua helai sejadah tiba-tiba bercantum sebelum 'bangkit berdiri' di sisinya.

Kakitangan kerajaan berasal dari Dungun berusia 35 tahun itu menyangka objek tersebut hanya bayang jemaah lain yang mendirikan solat di sebelah kirinya.

Namun setelah selesai solat, wanita itu terkejut apabila melihat dua helai sejadah bercantum dalam keadaan menegak seolah-olah berdiri.

"Masa itu saya beristighfar beberapa kali dan terus mengambil telefon bimbit lalu merakamkan gambar sejadah berkenaan," katanya yang enggan dikenali ketika ditemui dekat sini.

Menurutnya, pengalaman pelik kira-kira pukul 11 pagi beberapa hari lalu amat luar biasa dan bersyukur kerana 'terpilih' menyaksikannya.

"Pengalaman ini tidak menyebabkan saya takut untuk datang ke sini kerana saya percaya ia bukan benda yang tidak baik," katanya.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di taman tema tersebut yang juga enggan dikenali mengakui dia seringkali terserempak dengan pelbagai kejadian aneh di situ.

"Malah ada penduduk sekitar kawasan ini bercerita, pulau ini memang agak 'keras' dan menjadi kawasan tempat orang membuang benda-benda tak elok sebelum ia dibangunkan," katanya.
Dalam pada itu, seorang petugas di Masjid Kristal pula menjelaskan, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan jin Islam kerana sebelum ini seorang wanita mengadu mengenai kejadian yang hampir sama.

"Waktu itu dia baru selesai solat asar berseorangan sebelum tiba-tiba melihat kejadian serupa," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Beliau juga berharap umat Islam yang singgah untuk mendirikan solat di masjid itu tidak bimbang dan takut sebaliknya menganggap kejadian aneh itu sebagai satu petunjuk kebesaran Allah SWT.

Utusan Malaysia 4/7/2009