LONDON: Saintis Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (Nasa) dikatakan bingung dan tergamam dengan imej makhluk menyamai manusia, yang dirakam salah satu robot peninjau di planet Marikh.
Media tempatan melaporkan, imej makhluk dengan susuk tubuhnya jelas, dengan salah satu tangannya diletakkan di atas lutut, sedang duduk di atas batu sebuah kawasan lapang seperti gurun di planet Merah berkenaan. Ia dikatakan dirakam salah satu daripada dua robot peninjau - Spirit Nasa pada akhir tahun lalu.
Nasa sememangnya mempunyai misi Planet Marikh yang beroperasi di planet berkenaan sejak empat tahun lalu. Penemuan imej berkenaan bukan setakat mencetuskan tanda tanya, tetapi menimbulkan rasa teruja peminat astronomi dan Marikh khususnya yang berminat mengetahui misteri di sebalik planet berkenaan serta kemungkinan benar teori mendakwa wujudnya hidupan di situ.
Berita penemuan imej misteri itu turut menjadi topik utama perbincangan di internet yang kini mendakwa kemungkinan Marikh mempunyai hidupannya tersendiri.
Namun tidak kurang yang menganggap ia cuma satu ilusi optikal yang dipantulkan bentuk muka bumi planet itu. Pemeriksaan awal Nasa tidak menunjukkan sebarang objek aneh, tetapi penelitian secara terperinci oleh pakar astronomi amatur mencetuskan kehadiran makhluk serba hijau itu.
“Gambar ini amat mengagumkan. Saya tidak mempercayainya apabila melihat kelibat seorang lelaki bogel di Marikh,” kata salah seorang peminat astronomi dalam komen di laman web akhbar Times. Selain Spirit, satu lagi robot kembar peninjau adalah Opportunity yang mendarat di Marikh pada 2004 untuk merakam imej permukaan Marikh.
Misi penerokaan Nasa ke Marikh itu bernilai kira-kira AS$820 juta (RM2.7 b). Pada awal misinya, kedua-dua robot itu ditugaskan mencari kawah Gusev Crater yang saintis percaya boleh menjadi bukti bekas tasik lama yang sudah kering.
Ini mengukuhkan lagi andaian saintis yang mendakwa bukti kewujudan air sebagai petunjuk kemungkinan adanya hidupan di planet berkenaan. - Agensi BH 24/01/08
Wednesday, January 23, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)