Saturday, August 25, 2012

Populasi buaya perlu ditangani

Kerajaan mahu konvensyen antarabangsa dipinda; satu lagi serangan buaya di Pending KUCHING: Kerajaan negeri sedang merangka satu kertas kerja untuk dibentang di peringkat antarabangsa agar Apendiks 1 Konvensyen Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diturunkan kepada Apendiks 2 yang membolehkan buaya ditangkap, dibunuh dan didagangkan kulitnya. Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usaha tersebut memang tepat pada masanya memandangkan populasi buaya di negeri ini termasuk di Parlimen Santubong semakin meningkat berbanding tahun 1980-an dan 1990-an, tatkala satu lagi kejadian buaya menyerang manusia dilaporkan berlaku di tepi sungai di Pending, pagi semalam. Menurutnya, sejak akhir-akhir ini populasi buaya di negeri ini meningkat daripada tiga kepada enam ekor bagi setiap kilometer dan perkara itu amat membimbangkan penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai atau berhampiran laut. “Saya dimaklumkan bahawa sekarang kerajaan negeri sedang berusaha membuat satu kertas kerja supaya isu ini (peningkatan populasi buaya) dibentangkan ke peringkat antarabangsa agar undang-undang terhadap buaya di negeri ini dapat diturunkan kepada Apendiks 2 berbanding Apendiks 1 sekarang,” katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau berkata, sebagai spesies terkawal, tidak banyak tindakan yang boleh dilakukan masyarakat walaupun kawasan mereka kerap diserang buaya. “Kita terkilan kerana terikat dengan konvensyen antarabangsa. Kita hanya boleh ambil tindakan apabila spesies ini menyerang orang. “Namun, adakah buaya yang kita tangkap merupakan penyerang ataupun kita menangkap buaya yang tidak bersalah?” ujarnya. Menurutnya lagi, sebelum ini Malaysia dengan persetujuan beberapa negara Asia Tenggara memang sudah membentangkan kertas kerja agar undang-undang terhadap buaya diubah, namun dibantah oleh Australia. “Mereka (Australia) kata kita kena kawal dahulu. Ia sekali gus menyusahkan kita kerana negara ini amat memerlukan pindaan terhadap undang-undang ini kerana mempunyai kawasan-kawasan tepi sungai atau laut,” jelasnya. Mengulas mengenai insiden serangan buaya di Pasir Panjang pada Rabu lepas, beliau melahirkan rasa terkilan apabila mengetahui serangan buaya terhadap seorang remaja di tepian laut di kawasannya. “Lokasi kejadian merupakan tempat pelancong dan sepatutnya dipromosi. Saya kecewa kerana ada buaya di sini. “Memang ada tanda amaran di sini, namun sekarang mungkin dibuang pihak tidak bertanggungjawab,” kata Wan Junaidi. Beliau mencadangkan agar Kementerian Pelancongan dapat membina hadangan bagi mengelak buaya kembali menyerang orang ramai di kawasan tepian laut. Dalam kejadian terbaharu pagi semalam, gara-gara terdesak mahu membuang air besar, seorang lelaki tercedera di punggungnya selepas digigit seekor buaya di pinggir sungai di Pending. Mangsa, 32, seorang warganegara Indonesia sebelum insiden tersebut dikatakan sedang bekerja sebelum bergegas ke sungai tersebut kerana mengalami sakit perut sekitar jam 9.15 pagi. Menurutnya, tandas terletak agak jauh dari tempatnya bekerja menyebabkan dia membuat keputusan untuk membuang air besar di tepi sungai tersebut. Bagaimanapun, menurutnya, ketika baharu membuka seluar dan mencangkung di sungai tersebut, dia tiba-tiba digigit di bahagian punggung dan berasa seperti ditarik masuk ke dalam sungai tersebut. Borneopost 25.08.2012

Worker injured by croc while answering nature’s call

Borneo Post 25/8/2012 24.08.2012 KUCHING: A foreign construction worker was bitten in the buttocks, waist and back when attacked by a crocodile while squatting by a riverbank to answer nature’s call yesterday. The 32-year-old Indonesian national, identified only as Pai, said the incident happened at his worksite in Pending around 9.15am when he went to the edge of a river to defecate after experiencing stomach pains. According to him, there was a proper toilet located across the river in Sejingkat, but that he was worried he could not make it there in time and headed instead to the riverbank. Pai had only just dropped his pants and squatted down when a crocodile measuring about five feet in length lunged from the water and bit his buttocks. The reptile then snapped at his waist and back, prompting the shocked construction worker to fight back by repeatedly punching the reptile’s head until it released its grip on him and vanished back into the river. Pai then made his way back to his worksite and informed his co-workers, who rushed him to Sarawak General Hospital where he was admitted for treatment. Several workers later said all of them were aware of the presence of crocodiles in the area and had always taken extra precaution when going to the river.

Driverless car wreaks havoc, strikes fear among onlookers


SIBU: A car with no driver sped up and down Island Road on Friday at nightfall here sending chills down the spines of a huge crowd who witnessed this paranormal happening.
The hair-raising incident occurred at 7.15pm after the driver got out of the car to go to the night market, leaving a woman in the front passenger seat and the car engine on.
According to an eye-witness the car suddenly reversed at high speed, screeching, before ramming into a steel railing.
It then continued reversing before ramming into the front portion of another car.
The impact caused the other car to also reverse before ramming into another car behind it.
The driverless car then surged forward before reversing another time to slightly brush the side of a car behind it.
It reversed further after that and rammed into another car.
The car then made a 360 degree turn before surging forward again.
It then made another reverse and surge forward before ramming into the metal gate of a shop. Only then did it come to a halt.
The woman passenger was badly shaken but luckily sustained only minor cuts and bruises on her face, head, knee and arms in the incident.
As it was only a week from the 15th day of the seventh month of the Chinese lunar year – the day the Chinese believe the gates of hell would be opened for ghost and demons to roam the earth, many speculated that perhaps some might have snuck out before the stipulated time.
One of the witnesses said it was extremely eerie as it happened in the month of hungry ghost overlooking the fact that such an incident would be frightening anytime of the year.
He likened it to a scene in a horror movie, saying it was like watching “Nightmare on Elm Street”.
“How can a car travel at high speed up and down the road with no driver inside?” he asked with a quaver in his voice.
However, another eye-witness offered a more mundane explanation saying it could be due to a mechanical fault.
When the reporters arrived at the scene, the driver requested the reporters not to take any photos, but, this was stopped by policemen at the scene.
A policeman said this related to public interest and the reporters had the right to take photographs and report the incident.
Rescuers from the Fire and Rescue Department arrived with the policemen.
The rescuers took the frightened woman out and an ambulance sent her to the hospital where she was given outpatient treatment.

Borneopost 26.8.2012

Wednesday, October 27, 2010

Family claim vanishing girl abducted by ‘bunian’

JERTEH: The strange tale of 22-year-old Siti Balqis Mohd Nor (pic), who was said to sleepwalk and go missing for hours only to reappear on treetops and cemeteries, has taken an intriguing turn.

She is missing again and family members are claiming she is being held captive by a group of orang bunian (supernatural beings) at Gunung Jerai, 300km from her home here.

Her family said she went missing from the family home at Kampung Gong Nangka in Apal, near here, on Sunday.

They lodged a missing persons report at the Jerteh police station yesterday after attempts to find her failed.

An uncle, Derawai Said, 43, said he received an SMS from his niece on Tuesday informing him that she was now atop the mountain in Kedah, guarded by two orang bunian princesses named Maisrah and Mastura.

The mountain, now a holiday destination, was considered sacred by ancient Malays and was used as a navigational point by South Indian seafarers 1,500 years ago.
The mountain, also called Kedah Peak, is visible from Penang island.

Siti Balqis had “disappeared” previously and re-emerged at the house within a day or two but this was the first time she had gone missing for several days.

“Previously, when she disappeared, we found her in tree tops or at cemeteries.

“This is really making us jittery. Even experienced bomohs cannot solve this mystery,” he said.
Derawai said that on Sunday, when the family gathered in the kitchen, a sudden sound of a falling object made them rush to the living room.

They allegedly saw a crystal marble, the size of a 20 sen coin, rolling past Siti Balqis, who suddenly bolted from the house.

A neighbour claimed the girl was driven away in her mother’s Perodua Kancil, with Siti Balqis in the passenger seat.

Derawai claimed the car had been locked and the keys were still held by the girl’s mother, Norisan Said, 47, who later received an SMS from her daughter that the car had been left at the Jerteh bus station.

Siti Balqis also sent other SMSes, where she talked about her encounter with the orang bunian, how she struggled to free herself from them and how she was being treated for her wounds by the two princesses.

Last week, the Malay media reported that seven precious stones, including a ruby, had fallen from the ceiling of her house.

Thursday, October 14, 2010

3. Balqis 'terbang'

NORIZAN menunjukkan batu permata dan seketul batu besar yang ditemui terjatuh di dalam rumahnya


Penduduk jumpa tempat pengamal ilmu hitam JERTIH: Sejak tengah hari kelmarin, keluarga gadis ghaib melalui kejadian menakutkan apabila menemui batu hitam seberat tiga kilogram di dapur, selain tujuh cubaan mengghaibkan semula Siti Balqis Mohd Nor, 22.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata percubaan jin membawa keluar anaknya dari tingkap dapat digagalkan apabila seorang saudaranya nampak Siti Balqis ‘terbang’ ke arah tingkap sebelum memegang dan merentap kakinya.

“Kejadian ini membuatkan Siti Balqis agak letih hari ini (semalam) dan kami memintanya berehat,” kata Norizan ketika ditemui rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini.

Wartawan Berita Harian yang berada di rumah itu sejak jam 3 petang semalam berpeluang menyaksikan tiga batu berharga yang tiba-tiba jatuh dan mendapati ada imej pintu Kaabah di dalamnya dan yang lain ada yang tertera dalam tulisan jawi kalimah Allah, Muhammad dan satu berwajah manusia.

Orang ramai yang membaca akhbar ini mengenai penemuan batu bernilai berkenaan terus berpusu-pusu ke rumah itu untuk melihat sendiri batu berkenaan dan tidak ketinggalan mengambil gambar. Sementara itu, Norizan berkata, selepas merujuk pegawai agama Yayasan Islam Terengganu (YIT), Fauzi Yusof dan penasihat agama ilmu ghaib, program Alam Ghaib TV3, Sharhan Shafie, menasihatkannya menyimpan batu berkenaan dalam bekas khas yang direndam dalam air zam zam.

Sementara itu, rahsia gua di kawasan perkelahan Bukit Keluang, dekat sini menjadi tempat pengamal ilmu hitam dan khurafat kini terbongkar. Kehadiran bomoh dan kumpulan orang betapa itu disedari sekumpulan penduduk yang mencari Siti Balqis yang dipercayai dighaibkan dari rumahnya ke gua itu Sabtu lalu.

Penduduk yang mencari Siti Balqis, terkejut apabila terserempak dengan sekumpulan sembilan orang termasuk tiga wanita sedang betapa di dalam gua itu kira-kira jam 1 pagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, yang turut serta bersama pasukan mencari gadis misteri itu turut terkejut kerana tempat berkenaan dipenuhi dengan peralatan pemujaan yang berselerak di dalam gua.

Sehubungan itu, Ramlan meminta Pejabat Agama Daerah Besut membuat pemantauan di kawasan perkelahan terkenal itu yang didakwa banyak gua dan mengambil tindakan menghapuskan kegiatan syirik dan khurafat di situ.

BH 15/10/10

Sunday, October 10, 2010

2. Tiga bomoh tangkap 12 lagi jin


Siti Balqis ghaib 30 minit sebelum pasukan perubatan Islam YIT tiba di rumah
JERTIH: Usaha tiga pengamal perubatan Islam daripada Yayasan Islam Terengganu (YIT) merawat gadis ghaib, Siti Balqis Mohd Nor, 22, malam kelmarin, dikatakan berjaya menangkap 12 lagi jin yang mengganggu gadis berkenaan, selepas dua bomoh yang enggan dikenali sebelum ini mendakwa berjaya menangkap sembilan jin.
Pada awalnya, usaha pasukan perubatan berkenaan dianggotai Pengelola Khidmat Masyarakat YIT, Hassan Yusof; penolongnya, Fauzi Malik dan Pengurus Khidmat Masyarakat, Wan Adi Rahman Wan Abd Rahman untuk merawat Siti Balqis seperti tidak kesampaian berikutan gadis itu didapati ghaib kira-kira setengah jam sebelum ketibaan pasukan perubatan itu ke rumah keluarganya di Kampung Gong Nangka, di sini, kira-kira jam 8 malam.
Ibu gadis berkenaan, Norizan Said, 47, berkata Siti Balqis tiba-tiba ghaib kira-kira jam 7.30 malam ketika mereka berkumpul menunggu ketibaan pasukan perubatan itu di rumah dan usaha mencarinya dilakukan di atas bumbung, dalam siling rumah, almari, rumah kosong, di bawah rumah dan di pokok manggis, tetapi gagal.
Berikutan itu, katanya, orang ramai termasuk pasukan perubatan berkenaan membaca surah Yasin beramai-ramai, sebelum Norizan menerima SMS daripada Siti Balqis jam 11.30 malam berbunyi ‘tolong dah jauh ni’ dan SMS kedua pada jam 12 tengah malam menyatakan ‘Umi cepat datang, kita dok (duduk) Bukit Keluang,’
.Selesai membaca surah Yasin, pasukan perubatan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bergegas ke Bukit Keluang, kira-kira 15 kilometer dari rumah mangsa, tetapi gagal menemuinya di kawasan pelancongan terkenal itu.
Sebaliknya, Ramlan berkata, mereka terserempak dengan sembilan orang termasuk dua wanita yang kelihatan seperti sedang bertapa dalam gua berkenaan.
Katanya, ketika gerakan mencari Siti Balqis dijalankan, beliau dimaklumkan gadis itu ada di atas pokok rambutan di belakang rumah keluarganya kira-kira jam 1.30 pagi dan pasukan perubatan yang dihantar khas oleh kerajaan negeri itu kembali semula ke rumah untuk menjalankan proses rawatan mengikut kaedah Islam.
Pasukan perubatan itu memulakan usaha rawatan dan mendakwa berjaya mengeluarkan 12 jin yang kemudian dimasukkan ke dalam botol. Siti Balqis hanya sedarkan diri kira-kira jam 5 pagi tadi selepas menerima rawatan berkenaan.
BH11/10/10

Wednesday, October 6, 2010

1. Bunyi letupan ketika gadis 'ghaib' dirawat

Wartawan, jurugambar Berita Harian lalui pengalaman ngeri Berita Harian 7/10/10
JERTIH: Suasana sunyi tiba-tiba digemparkan dengan bunyi kuat seperti runtuhan sesuatu yang berat ke lantai, mengejutkan ahli keluarga dan tetamu yang berjaga supaya gadis mengalami gangguan misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini tidak ghaib lagi pada malam kelmarin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, bomoh serta Wartawan dan jurugambar Berita Harian yang berada di rumah Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang melalui kejadian misteri sejak dua bulan lalu turut mendengar letupan itu.

Bunyi runtuhan kira-kira jam 10.30 malam itu adalah antara kejadian pelik sepanjang semalaman di rumah gadis itu, termasuk melihat kelibat makhluk halus serta sejenis objek besi yang tiba-tiba jatuh ke ruang tamu rumah.
Sejak mengalami gangguan misteri itu, Siti Balqis, anak sulung daripada empat beradik itu sudah ghaib daripada pandangan ramai di rumahnya sebelum ditemui di pelbagai tempat dalam tempoh antara enam hingga tujuh jam kemudian di siling rumah, atas pokok manggis, tanah perkuburan, rumah tinggal dan mesin pembancuh simen.
Malam kelmarin, setengah jam selepas sesi rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional selesai pada kira-kira jam 10 malam, suasana hening digemparkan dengan bunyi letupan seperti atap runtuh di sebuah bilik. Apabila semua di rumah itu bergegas ke bilik berkenaan, didapati tiada apa yang berlaku.
Wartawan dan jurugambar, Aswadi Alias merasa seram dengan kejadian itu, tetapi mereka tetap memberanikan diri dan terus bersama ahli keluarga dan jiran menjaga Siti Balqis yang berbaring di ruang tamu rumah.
Menjelang dinihari keadaan bertambah sunyi dan kedinginan malam ditemani pula dengan pelbagai bunyi yang menyeramkan. Secara tiba-tiba kira-kira jam 2 pagi, seketul logam berukuran 12 sentimeter tiba-tiba melayang dan jatuh ke tengah ruang tamu rumah. Bagaimanapun, mujurlah objek logam itu tidak terkena sesiapa walaupun ia jatuh tidak jauh daripada sekumpulan wanita yang turut sama berjaga tidak jauh dari gadis itu.
Malah sebelum logam itu jatuh, Aswadi mendakwa melihat sendiri objek berbalut kain putih melayang di depannya sebelum ia terjatuh di sisi sekumpulan wanita terbabit.
"Memang saya berasa seram sejuk dengan kejadian itu dan tidak lama kemudian beberapa bahagian badan terutama tangan dan kaki kebas dan badan saya seperti demam," kata Aswadi yang kini demam dan diberikan cuti rehat selepas pulang dari Besut, pagi semalam.
Bagaimanapun, usaha kami untuk mengambil gambar objek berkenaan tidak kesampaian kerana sebaik saja objek itu jatuh ke ruang tamu, seorang adik Siti Balqis segera mengambilnya dan mencampakkannya ke luar rumah.
Melihat ketakutan semua hadirin, ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, mengingatkan kami supaya tidak bimbang kerana baginya, bunyi pelik dan jelmaan pelbagai objek di rumah itu adalah perkara biasa sejak kejadian misteri menimpa anaknya dua bulan lalu.
Sementara itu, mengulas usaha mengubat Siti Balqis, Norizan berkata, mereka sudah mendapatkan lebih 100 bomoh dari Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk merawat penyakit misteri anaknya tetapi setakat ini keadaan kesihatan anaknya tidak berubah.