Sunday, September 28, 2008

Man behind the golden throne dies

Monday September 29, 2008


JEWEL tycoon Lam Sai-wing, who created the famous HK$38mil (RM16.8mil) gold restroom, died at his home in Hong Kong last week, reported Nanyang Siang Pau.

The 53-year-old Lam was found dead in his luxury apartment in Bowen Road on Friday.

Lam started his gold empire as a craftsman 30-years ago and rose to become the chairman of the RM530mil Hang Fung Gold Technology Group.

His US$50mil (RM171.8mil) house, known as Gold Palace, is filled with items made of gold.

The restroom that he designed is said to be worth HK$90mil (RM39.77mil) now.

Lam also crafted the golden Wong Dai Sin Temple and the Kuan Yin statue.

Wednesday, September 24, 2008

World's smallest man & Woman longest leg




He Pingping from Inner Mongolia, China's autonomous region, the world's smallest man sits underneath Svetlana Pankratova from Russia, the Queen of Longest Legs, as they pose at Trafalgar Square in London, Tuesday, Sept. 16, 2008.
Pingping, born with primordial dwarfism, holds the Guinness World Record for the smallest man at 74.61 cms (2 feet and 5.37 inches) and

Pankratova holds the Guinness World Record for the longest leg of any woman at 132 cms (4 feet 4 inches) in length.(AP Photo/Sang Tan)

Tuesday, September 9, 2008

Kisah misteri alam roh beri pengajaran berguna

Pengalaman aneh dilalui pesakit ketika koma perlu direnung bersama sebagai iktibar menempuh hidupTIDAK berapa lama dulu, seorang rakan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara. Beliau koma beberapa hari tetapi pembedahan berjaya dilakukan. Dia kembali sihat, cuma ada kesan parut di dada. Namun, misteri masih timbul dan sehingga sekarang sukar dijawab mengenai 'kehadiran' orang yang sudah lama meninggal dunia di sisinya ketika koma.

"Bayangkan, sepanjang tempoh saya berada dalam keadaan koma, saya 'dijaga' oleh arwah ayah yang duduk di sebelah katil saya. Kalangan 'pelawat' yang datang pula terdiri daripada anggota keluarga saya yang semuanya sudah meninggal dunia," ceritanya.

Beliau tidak pasti sama ada ia satu mimpi, mainan dalam kepala atau itulah berlaku pada seseorang yang berada dalam keadaan 'antara hidup dan mati' - koma. Hatta, hanya orang yang duduk dalam alam roh saja boleh bertemu roh (orang yang sudah meninggal dunia).

Sambungnya lagi: "Apabila saya mengerang kesakitan, arwah bapa saya akan mengurut belakang saya, sambil memberi kata-kata semangat berbunyi: 'Tak apa, ayah ada untuk bantu', 'sabar, lepas ini baiklah tu'. Akhirnya, arwah bapa mengajak saya mengikutnya pulang."

Menurut rakan itu lagi, beberapa minggu selepas keluar dari IJN, beliau balik ke kampungnya dan kebetulan seorang ustaz yang juga pernah menjadi gurunya datang menziarah.

"Ustaz itu tanya, sama ada saya ada mengalami sesuatu (macam mimpi) ketika menjalani pembedahan dan dalam keadaan koma. Maka, saya ceritalah pengalaman saya itu tetapi beliau tidak terkejut. Malah kata beliau, jika saya ikut kehendak arwah bapa yang mengajak saya pulang bersamanya, ia bermakna saya akan 'mengikutnya ke dunia lain' juga (meninggal dunia).

Namun, takdir belum menetapkan ajal saya," katanya. Ada yang kata, sebab itu apabila seseorang baru sedar daripada koma atau pengsan, dia akan meracau dan pelbagai kata-kata terkeluar daripada mulut dan sesetengahnya lucu atau tidak masuk akal termasuk menyebut perkara yang bukan-bukan seperti memanggil nama orang yang sudah meninggal dunia.

Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 24 jam selesai menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua di IJN genap setahun lalu, pernah mengeluarkan kata-kata lucu kepada isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.

"Selepas sedarkan diri, beliau (Dr Mahathir) sempat berjenaka dan menanyakan beberapa perkara lucu kepada ibu (Dr Siti Hasmah)," kata anaknya, Mokhzani ketika itu tetapi tidak menjelas lanjut perkara lucu yang dimaksudkan.

Ada satu lagi misteri, yang biasanya berlaku dalam masyarakat Melayu ialah seseorang yang akan meninggal dunia, menyebut nama-nama mereka yang sudah lama meninggal dunia. Biasanya kejadian seumpama ini hanya disedari selepas seseorang itu meninggal dunia.

Cerita pula seorang rakan bernama Osman: "Arwah bapa mentua saya, kerap kali menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah lama meninggal dunia. 'Si anu' mengajak saya mengikutnya..... Itu berlaku kira-kira enam bulan sebelum dia meninggal dunia. Ada juga antara kami menganggap kenyataan itu sebagai nyanyuk.

" Malah ada juga cerita menyatakan orang yang baru meninggal dunia, masih berupaya untuk mengenali siapa yang datang menziarahi dan begitu juga apabila arwah sudah berada di liang lahad.

Bagaimanapun, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed ketika diminta pandangannya mengenai pendapat bahawa jenazah (orang sudah mati) boleh melihat mereka yang datang menziarah, berkata al-Qurtubi dalam At-Tazkirah menjelaskan, orang mati nampak orang yang melaluinya.

"Orang dah mati diberi peluang oleh Allah untuk tengok orang yang hidup," katanya dan menyatakan firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad). Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan." (Surah at-Tawbah, ayat 105).

Malah katanya, orang yang sudah mati diceritakan berdoa kepada Allah apabila ada di dunia ini yang hendak mati, meminta supaya jangan dicabut dulu nyawa orang itu kerana dia belum sedia hendak mati disebabkan amal yang kurang.

"Roh ini ada tiga keadaan dan satu daripadanya ialah roh berhubung sesama mereka tanpa had, maknanya antara roh sesama roh boleh berhubung. Contoh macam kita mimpi berjumpa roh lain atau pergi ke satu tempat.

"Begitu juga apabila kita berjumpa dengan seseorang, rasa macam mudah hendak kenal dan selesa. Maknanya, roh pun buat kajian mengenai orang yang selari dengan dia dan mudah bertolak ansur. Ini serupa dengan keadaan di mana ada orang yang kita jumpa tetapi tidak boleh 'ngam'.

Orang nak meninggal ini Allah bagi kelebihan. Sebab itu ada yang sedang nazak kita dengar dia sebut nama orang yang sudah meninggal dunia," jelasnya.

Ibn al-Qayyim dalam Kitab ar-Ruh menyatakan: Apabila seseorang menziarah kubur, orang dalam kubur mengenali orang yang datang dan mendengar suara mereka. Mereka menjadi gembira dan membalas salam orang yang datang. Ini bukan untuk orang yang mati syahid saja, malah untuk semua orang mati dan tidak terhad waktunya.

Ada juga pendapat menyatakan bahawa kebiasaannya orang tua akan menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah meninggal dunia, semata-mata kerana sudah nyanyuk, apabila memorinya sudah tidak seimbang. Penulis teringat tulisan Nuraina Samad dalam blognya Julai tahun lalu mengenai bapanya, Tan Sri Abdul Samad Ismail atau Pak Samad yang meninggal dunia, Khamis lalu.

Nuraina, bekas wartawan New Straits Times (NST) berkata, mereka sekeluarga sudah biasa dengan bapa mereka yang kerap terlupa dan ada ketikanya mereka berasakan yang Pak Samad bagaikan berpura-pura lupa nama dan peristiwa tertentu.

"Ada ketikanya, kita rasa hairan dengan sikap bapak. Bapak bertanya mengenai Kak Eda. 'Lama Kak Eda tak datang', kata bapak kepada saya. Saya bagi tahu bapak, Kak Eda dah meninggal dan bapak terkejut dengan menyatakan 'tiada siapa bagi tahu saya.'

"Saya kata, bapak.... kan bapak dah tahu Kak Eda dah meninggal dunia kerana kanser, cuma bapak tidak ingatnya sekarang, kata saya perlahan. Bapak terdiam agak lama," kata Nuraina.

Kad Eda atau Noraida Samad, 51, meninggal dunia pada 8 Mac tahun lalu kerana kanser. Kira-kira sebulan sebelum sambutan 50 tahun Berita Harian Julai tahun lalu, penulis menghubungi Nuraina untuk membuat temu bual khas dengan Pak Samad, sempena sambutan itu untuk disiarkan dalam keluaran khas.

"Tak ada masalah, tetapi yang jadi masalahnya ialah kadangkala bapak antara sedar dan tak sedar. Ok, macam ini, you e-mel saja semua soalan pada saya. Apabila bapak berada dalam keadaan sedar, saya sendiri akan bertanya dan catatkan. Bila siap akan e-mel you semula," kata Nuraina.

Ternyata Nuraina tidak menghampakan. Segala coretan dalam kolum ini, adalah sebagai pengajaran akan kebesaran Allah dan betapa dunia ini hanya pinjaman semata-mata.

Wang berjuta, timbunan harta dan deretan gelaran, semuanya untuk kesenangan dunia yang tidak akan dibawa bersama-sama ke dunia lain, apabila tiba masanya nanti. Fikir-fikirkanlah.

Monday, September 8, 2008

Serangan emosi atau makhluk halus

BAPA seorang pelajar (kanan) dibantu kakitangan SMK Tanjung Lumpur mengangkat anaknya yang diserang histeria

Kejadian histeria berulang kali di SMK Tanjung Lumpur masih misteri KEJADIAN menimpa 35 daripada 800 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang yang terpaksa berhadapan dengan serangan histeria berulang kali sejak kes pertama dikesan Mei lalu terus menjadi misteri.

Pelbagai tekaan, rumusan dan kupasan dibuat berikutan kejadian dianggap akibat gangguan makhluk halus tetapi satu pun belum dapat menyelesaikan masalah itu, malah pengurusan sekolah tidak mampu berbuat apa-apa apabila serangan histeria berlaku terlalu pantas sehingga sukar mengawal keadaan.

Tanggungjawab dan sikap prihatin Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat setempat dan kariah masjid sedikit sebanyak membantu pentadbir sekolah mencari jalan penyelesaian. Susulan itu, mesyuarat khas diadakan pada 28 Julai lalu antara Jabatan Pelajaran Pahang, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), PIBG, polis dan penduduk setempat bagi mencari jalan penyelesaian.

Selepas hampir tiga bulan, kes histeria berjaya diatasi pada 31 Julai lalu apabila beberapa pengamal perubatan tradisional melakukan ikhtiar termasuk kaedah `pembersihan' bertujuan memindahkan `makhluk halus' yang didakwa mengganggu pelajar berkenaan ke tempat lain yang tidak diketahui umum.

Bagaimanapun, kejadian itu terhenti hanya seketika dan kembali menyerang pelajar sama pada awal Ogos dan berselang seli sehingga rencana ini ditulis. Kejadian histeria yang didakwa bermula dari tandas sekolah menarik perhatian banyak pihak kerana pelajar dan guru yang didakwa dirasuk dan diganggu makhluk halus akan mengalami sakit sendi hingga menyebabkan mereka terpaksa berjalan bongkok seperti nenek tua yang sudah uzur.

Bagaimanapun, laporan hospital sebelum ini secara jelas mengesahkan semua mangsa tidak mempunyai masalah kesihatan dan berada dalam keadaan normal. Kejadian histeria di sekolah itu mula menyerang seorang pelajar perempuan pada 13 Mei lalu, sebelum berlarutan kepada 35 pelajar lain secara berulang-ulang dan kebanyakan mangsa adalah pelajar perempuan.

Lebih memburukkan keadaan, pelajar perempuan yang diserang histeria itu mengalami sakit sendi hingga berjalan bongkok seperti orang tua uzur dan kejadian itu dipercayai turut dialami segelintir guru wanita sekolah berkenaan. Ada pelajar yang meronta dan berjalan terhuyung-hayang ke belakang bangunan sekolah sebelum jatuh, menjerit seperti dirasuk dan apabila sedar, pelajar akan mengadu sakit di bahu kanan.

Ada tanda lebam seperti kesan gigitan pada bahu mereka berdasarkan pemeriksaan dilakukan selepas pelajar berjaya dipulihkan. Dalam kejadian awal Ogos pula, pelajar yang dirasuk dan diserang histeria berkelakuan lebih agresif dengan cuba memanjat pagar sekolah serta bertutur dengan nada keras dan sukar dikawal.

Beberapa pelajar perempuan cuba melarikan diri dari sekolah dan menunjukkan aksi meronta dan melawan guru yang cuba menghalang mereka keluar dari perkarangan sekolah. Lebih menyeramkan, pelajar meracau seorang diri di belakang bangunan, bersuara keras dan memandang tajam ke arah guru serta pengawal keselamatan sebelum terhuyung-hayang dan pengsan.

Menurut beberapa mangsa yang ditemui, ingatan mereka samar-samar ketika diserang histeria tetapi mendakwa ada seorang nenek tua yang datang menghampiri mereka dan berbisik sesuatu. Aziz Basri, 56, bapa kepada seorang pelajar yang kerap diserang histeria berkata, kejadian misteri itu dikhuatiri mendatangkan risiko terhadap kesihatan pelajar selain mengganggu pembelajaran kerana mereka terpaksa mengambil cuti akibat kejadian itu. Beliau berkata, kes itu dipercayai berlaku pada hujung Mei lalu dan turut menimpa anak perempuannya.

"Kejadian itu berulang dan setiap kali menimpa anak saya yang berusia 14 tahun, dia akan murung dan kami risau ia menjejaskan pelajarannya," katanya.

INFO

Histeria Tanjung Lumpur

Kejadian bermula di tandas awal Mei 2008

Membabitkan 35 pelajar SMK Tanjung Lumpur

Sering berlaku pada waktu rehat

Antara tiga hingga lima pelajar setiap kali serangan dan mereka adalah mangsa yang sama

Serangan mengakibatkan pelajar bertindak agresif, suara bertukar garau dan kasar

Fizikal mangsa histeria berubah seperti orang tua berjalan bongkok

Ada kesan gigitan dan lebam pada bahu

Histeria penyakit psikiatri

SEORANG pelajar mangsa histeria cuba ditenangkan oleh rakan-rakan.

Serangan berlaku kerana konflik, tekanan tidak terkawal KES histeria yang menyerang pelajar sekolah di beberapa negeri sejak awal tahun ini perlukan kajian terperinci kerana jumlah kes yang dicatatkan bertambah dan kerap berlaku berbanding tahun sebelumnya. Profesor yang juga Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Md Zain, berkata beliau berpendapat satu kajian khusus mengenai kes histeria di sekolah sejak kebelakangan ini perlu dibuat untuk menilai sama ada ia satu epidemik atau tidak selain melihat bagaimana ia boleh berlaku di sekolah.

Katanya, kajian juga perlu dibuat untuk melihat mengapa masih wujud kes histeria di sekolah walaupun masyarakat Malaysia kini semakin moden dan maju. Beliau menjelaskan histeria berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat.

Namun, bilangan kes semakin berkurangan apabila sesebuah negara itu semakin maju. Katanya, histeria adalah penyakit psikiatri yang dikenali sebagai ‘somatoform disorder’ dan dibahagikan kepada dua jenis iaitu ‘Conversion Disorder dan Dissociative Hysteria.

Conversion Disorder adalah keadaan yang mana mereka yang diserang histeria biasanya akan merasai gangguan fizikal seperti merasai badan lumpuh, buta, pekak dan bisu walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengalami masalah berkenaan. Kebiasaannya, histeria jenis Conversion Disorder ini berlaku kerana konflik dan trauma dengan satu-satu kejadian seperti melihat saudara dirogol, kemalangan dan kematian.

Dissociative Hysteria pula menyebabkan mereka yang terkena histeria akan meronta-ronta, meracau dan menjerit-jerit. Malah, ia kerap berlaku kepada kanak-kanak dan remaja akibat konflik yang tidak dapat dikawal. Prof Azhar berkata, Dissociative Hysteria kerap berlaku dalam masyarakat di Malaysia dan biasanya membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah, penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dan pekerja wanita di kilang manakala di Barat membabitkan histeria jenis Conversion Disorder .

Beliau menjelaskan kira-kira 20 tahun lalu kes histeria dilaporkan banyak berlaku di negara ini dengan kes tertinggi di sekolah berasrama, kilang dan kem motivasi serta minggu orientasi. Namun, ia mulai berkurangan dan menjadi kes terpencil dalam 1990-an.

Beliau menjelaskan berdasarkan kajian terdahulu, kebanyakan kes histeria berlaku ketika musim peperiksaan di sekolah berasrama dan minggu orientasi di IPT.

Dalam kes di asrama sekolah, didapati berlaku dalam minggu orientasi yang mana pelajar baru didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang meletihkan hingga mengganggu masa tidur dan rehat pelajar. Selain itu, kes histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu terhadap perkara mistik dan karut marut seperti pelajar baru sering dimomokkan dengan cerita karut seperti ada hantu dan perkara mistik lain.

“Pelajar asrama juga mudah terkena histeria kerana mereka tidak dapat mengawal konflik seperti terpaksa mengikut disiplin yang ketat di asrama selain kerinduan kepada keluarga. Dalam 1980-an, kebanyakan kes histeria berlaku di sekolah agama yang mana disiplinnya lebih tinggi berbanding sekolah biasa,” katanya. Kes membabitkan pekerja kilang, biasanya berlaku pada waktu malam.

Ia dipercayai berlaku kerana pekerja keletihan tidak cukup tidur selain faktor ketakutan kerana sering mendengar cerita mengenai hantu. Kebanyakan kes membabitkan wanita kerana tahap ketakutan mereka lebih tinggi berbanding pekerja lelaki.

Prof Azhar berkata, histeria sebenarnya berlaku kerana konflik dan tekanan yang tidak dapat dibendung dan dikawal oleh individu itu dan cara mengawalnya adalah dengan memberikan bantuan bukan tekanan kepada mereka yang ada masalah atau lemah.

“Mereka yang terkena histeria adalah individu yang memerlukan bantuan. Oleh itu, cara merawatnya adalah dengan memberikan bantuan kepada mereka. Cara terbaik adalah sesi kaunseling. Bagi mengelakkan ia berjangkit dan menjadi epidemik, mereka yang diserang terkena histeria diasingkan dengan orang lain,” katanya.

Beliau berkata, bagi orang Islam, biasanya pengawal perubatan Islam akan memberi rawatan untuk menenangkan pesakit dengan bacaan ayat al-Quran. Begitu juga dengan agama lain, yang mana mungkin orang yang arif dalam agama mereka akan memberikan rawatan mengikut kepercayaan masing-masing.

Namun, seeloknya selepas rawatan berkenaan pesakit diberikan keyakinan untuk mengawal diri dan selepas pulih pesakit diberikan sokongan seperti bertanyakan masalah dihadapi mereka.

Sementara itu, pengamal perubatan Islam, Fauzi Mustaffa, berkata histeria mengikut perspektif Islam adalah merujuk kepada keadaan yang mana manusia tidak sedar, dirasuk dan hilang ingatan akibat gangguan emosi yang tidak terkawal dan tekanan perasaan akibat masalah peribadi, rumah tangga dan kepincangan masyarakat.

Katanya. ia boleh berlaku apabila seseorang itu tidak sedar diri dan syaitan mula menguasai akal fikiran mereka sehingga menyebabkan ada yang meracau, menjerit dan melakukan perkara di luar batasan manusia normal serta hilang ingatan.

“Ia juga berpunca daripada gangguan emosi yang tidak terkawal yang berpunca daripada tekanan hidup, masalah rumah tangga, kepincangan masyarakat dipendam melampaui fikiran yang mana ketika itu syaitan mengambil tempat dan menyerang otak manusia. Ketika itu otak lemah dan jadi histeria,” katanya ditemui baru-baru ini.

Beliau yang kerap dipanggil membantu sekolah yang menghadapi histeria, berkata, mengikut pengalamannya kebanyakan histeria berlaku menjelang musim peperiksaan. Ia berlaku kerana pelajar tertekan kerana mengulang kaji pelajaran selain tiada sokongan sebaliknya tekanan ibu bapa yang meletakkan harapan tinggi kepada mereka.

“Kerisauan dan kebimbangan ibu bapa menjadi tekanan yang akhirnya menyebabkan otak menjadi lemah dan syaitan mula menguasai sehingga berlaku gangguan. Selain tekanan ibu bapa, pada minggu peperiksaan biasanya pelajar tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran.

Apabila kurang tidur mata mengantuk dan badan keletihan dan ada yang kurang makan menjadikan badan lemah yang membuka ruang untuk syaitan dan makhluk halus menguasai fikiran,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, histeria berlaku kerana manusia mengganggu tempat tinggal atau kawasan makhluk halus yang menyebabkan makhluk berkenaan ‘bertindak balas’ termasuk merasuk manusia.

Imbas kembali

Kronologi kes histeria di seluruh negara tahun ini

28 Ogos 2008 KUANTAN: Kejadian histeria berulang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur membabitkan lapan pelajar perempuan selepas tiga hari sesi persekolahan bermula.

8 Ogos 2008 KUCHING: Seramai 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, termasuk dua lelaki, diserang histeria ketika belajar di dalam kelas bermula jam 8 pagi.

KUANTAN: Kejadian histeria berulang semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, membabitkan 11 pelajar sehingga menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.

7 Ogos 2008 SUBANG JAYA: Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, diserang histeria selepas dua hari kejadian yang sama berlaku di sekolah itu.

4 Ogos 2008 TELUK INTAN: Seramai 12 pelajar, termasuk empat lelaki, Sekolah Menengah Seri Kandi, histeria ketika mengikuti perkhemahan motivasi dan ceramah.

24 Julai 2008 KUANTAN: Sebilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari, terutama menjelang tengah hari. Setiap hari hampir empat hingga lima pelajar diserang kejadian misteri itu dan mengikut laporan akhbar seramai 35 pelajar terbabit.

17 Julai 2008 NIBONG TEBAL: Seramai 10 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawan (SMKBK) diserang histeria di dalam kelas apabila mahu memulakan pembelajaran selepas tamat waktu rehat.

19 Jun 2008 CHERAS: Hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri, dipercayai dirasuk makhluk halus.

24 April 2008 TAIPING: Pelajar dan guru sebuah sekolah menengah di Bukit Gantang, gempar apabila 13 pelajar diserang histeria sekembali daripada menziarahi jenazah seorang guru wanita. Pelajar tingkatan tiga dan lima itu menjerit-jerit seperti orang gila ketika mengikuti pembelajaran di kelas pada jam 11.30 pagi.

14 April 2008 SEREMBAN: Kira-kira 15 pelajar dan seorang guru perempuan sebuah sekolah menengah, dekat Sikamat, diserang histeria.

31 Januari 2008 DUNGUN: Hampir 200 pelajar perempuan dan lelaki Sekolah Menengah Sains Dungun, alami histeria menyebabkan sesi persekolahan di sekolah berasrama penuh itu terpaksa ditutup empat hari. Kejadian dipercayai bermula jam 9.30 pagi selepas seorang pelajar tingkatan dua mula menjerit sebaik tamat perhimpunan.